CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN


Thursday, October 8, 2009

Tazkiyahtun-Nafs

Sayangilah Hati Kita
Bismillahirahmannirrahim. .Alhamdullilah segala pujian hny untukmu Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang..Hari nie ana ingin membicarakn ttg hati. Hadis yang Keenam di dalam buku HADIS40 karangan Imam Nawawi:
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '
...Hadis ini begitu jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya hati seorang manusia.Andai ia baik,maka baiklah seluruh jasadnya,tapi sekiranya rosak,maka rosaklah seluruh jasadnya.Subhannallah,betapa hebatnya penangan hati kepada stp tingkah laku manusia..Setiap rumah pasti ada tingkapnya.dan utk memastikan sistem pengudaraan yg baik didlm sebuah rumah itu,kita hndklh memastikn yg tgkp itu sntiasa terbuka kena pd waktunya.tutp pabila tiba waktu mlm dan buka pabila waktu siang..tapi,bagaimana pula dgn hati??adkh hati ada masanya utk tertutup?..Tidak sama sekali.Hati manusia tidak boleh tertutup.Sehebat mana pun serangan musuh (nafsu dan syaitan),pintu2 hati mesti terbuka.Hati2 yg pintu-pntunya terbuka tdk pernah gentar dgn srngn2 syaitan krn ia rasa selamat dgn pagar2 yg melingkari di sekelilingny..Pagar2 itu adlh keikhlasan,amal soleh,kesabaran,ketauhidandan paling utama ilmu..Nafsu2 dan syaitan tdk berupaya utk terus-menerus menutup pintu2 hati yg terbuka tadi. Mereka sgt takut pada kilauan cahaya iman dan hidayah ."al-ilm nurun wa nurullah layuhdi lil ma'asi".Ilmu itu cahaya.Cahaya tidak akn turun pada org yg berbuat maksiat...Namun syaitan2 ini tdk pernah putus asa.Pabila tdk berjaya menawan hati ank dan cucu Adam,dicubanya secara berpasukan.Akhrnya,pagar2 hati yg kukuh tadi runtuh juga pabila pagar2 itu tdk dpntau..senjata apalah yg begitu kuat yg mmpu mlumpuhkn pagar2 hati tdi??sudah semestinya dosa2 yg kita lakukan sama ada kpd ALLAH S.W.T atau sesama manusia.Apabila hati manusia berjaya diceroboh oleh syaitan,maka hati manusia itu akn tertutup.Cahaya2 gmerlapan yg prnah menghuni hati mula menjadi suram sedikit demi sedikit dan akhrnya tertutup rapat.Dlm keadaan sebegini, manusia akn menjadi seorang yg lalai selalai-lalainya.Apabila situasi ini berlaku kpd seseorng yg sebelum ini mndpt hidayah,maka ia akn menjadi terbalik(susah mndpat hidayah ALLAH S.W.T).Konklusinya,sayangilah hati kita sekiranya ingin hidup ini sentiasa disinari nur hidayah ALLAH. Waallahu a'lam.


0 comments: