Bismillahirahmanirrahim.Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Adakah sahabat-sahabat semua sihat?Alhamdulillah,ana sihat sahaja.Harapan ana semoga sahabat-sahabat semua sihat sejahtera dari segi fizikal,mental dan juga spiritual.Insya'allah. Sekiranya ada yang kurang sihat dari segi fizikal, yakinlah Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kalian dengan menguji keimanan kalian menerusi nikmat kesihatan. DiberikanNYA ujian ke atas hamba-hambaNYA tidak lain tidak bukan untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran dan keimanan kita terhadapNYA. Adakah kita redha dan bersabar atas musibah itu ataupun mengutuk-ngutuk Pencipta kita lantaslah meluahkan ucapan yang tak sepatutnya dilafazkan seperti.."Alahai,apalah malang sangat nasibku ini."...Nauzubillahiminzalik.
Bersyukurlah atas segala pemberianNYA kepada kita dan yang paling utama sentiasalah bersangka baik terhadap Allah kerana "Orang yang bejaya adalah orang yang berbaik sangka terhadap usahanya dan menjangkakan akan kejayaan.Apa yang dijangka dan disangka didalam hati adalah doa dalam senyap." ~Razzi Ar-Mansur~
Apa yang ana ingin tegaskan disini adalah, sekiranya sifat husnu zon,yakni sifat bersangka baik selalu diterapkan didalam diri,maka akan lahirlah seorang insan yang sentiasa optimistik terhadap sesuatu perkara dan sentiasa gembira dengan kehidupanNYA.Bersyukurlah kita dengan setiap PemberianNYA meskipun ujian yang diberikan itu terlalu berat untuk kita menggalasnya. Ingin ana kongsikan satu analogi yang berkaitan dengan kehidupan sehariaan kita. Andaikata anda menghidapi demam campak .Kemudian, semua orang menjauhi anda kerana takut kemungkinan juga akan menjangkiti mereka tetapi ada seorang insan sahaja yang setia menemani anda.Siapa ya?Ibu anda.Betul tak.Maaf kalau salah mentafsir.Tetapi, selalunya ibulah yang sentiasa disisi kita. Diusahakannya juga untuk mengubati kita dengan mencari pelbagai alternatif semata-mata ingin melihat anaknya sihat kembali seperti sediakala. Terharu kan?Ibu sangat kasihkan kita kan?Jadi,untuk membalas semua jasa ibu kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan solehah serta tidak ketinggalan juga berusaha bersungguh-sunguh berjaya dalam bidang akademik.Pendek kata,semuanya niat baik-baik belaka kan?Alhamdulillah.^_^.Sekiranya ibu yang merupakan insan biasa memiliki sifat yang sangat pengasih,inikan pula Sang Khaliq yakni Pencipta kita.Sudah semestinya KasihNYA melebihi ksasih seorang ibu terhadap anaknya... Ini merupakan tindak balas kita terhadap sesama manusia.Persoalannya, apakah pula tindak balas kita terhadap semua nikmat mahupun ujian yang Allah kurniakan kepada kita??? Ayuh,renung-renungkanlah sahabat-sahabatku sekalian. Islam itu mudah.Apa yang allah mahukan daripada hamba-hambaNYa juga mudah.Taat dan patuh pada suruhanNYA dan tinggalkan segala laranganNYA.Itu sahaja..Allah dah janji kepada orang-orang yang beriman akan memberi ganjaran kepada mereka-mereka yang beriman.Pengasihkan YANG MAHA PENGASIH?Amalan yang baik akan dikurniakan ganjaran dan begitulah sebaliknya.Sekiranya engkar terhadap suruhanNYA,maka tunggulah azabNYA nanti.
Untungkan kita?Lahir-lahir sahaja sudah beragama Islam.Alhamdulillah.Tetapi,adakah kita hanya Islam pada nama dan pada kad pengenalan sahaja ataupun Islam yang mengamalkan cara hidup Islam.Fikir-fikirkanlah.Setiap hari dan setiap malam sebelum tidur bermuhasabahlah diri kita kembali sebelum malaikat Izrail mencabut nyawa kita buat kali pertama dan juga kali terakhir.Waallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment