CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN


Sunday, February 20, 2011

Kembalilah KepadaNYA



Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Sedar tak sedar inilah entri pertama ana dalam tahun 2011 ini. Asif a'la kulli hal.Salam 1432H.

Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.Hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari ujian duniawi. Kadangkala iman kita meningkat dan kadangkala pula iman kita menurun. Itulah manusia; satu-satunya makhluk istimewa ciptaan Allah Taala yang dikurniakan akal untuk berfikir. Akal mampu membantu kita menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Malangnya,tidak semua yang menggunakan pemberian Allah ini dengan sebaiknya. Bukannya,tidak mampu berfikir, tetapi tertewas dek kerana pujuk rayu syaitan yang sememangnya berikrar akan menyesatkan keturunan Adam sehinggalah akhir zaman. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara pun syaitan mampu menguasai diri kita.
Tidak percaya?
Okay, meh kita lihat bagaimana syaitan Berjaya mengaburi mata kita…

Situasi: Ketika solat.
Em…lepas solat nanti aku nak baca al-quran (dalam solat pun boleh terpikir nak baca al-quran.dimanakah kekhusyukan kita?..kononnya niat kita baik,nak baca al-quran ).
Situasi: Selepas solat
Seusai sahaja habis solat, cepat-cepat capai al-quran. Baru sahaja habis baca satu muka surat,teringat pula nak ulangkaji topik baru yang pensyarah nak ajar esok.(Ingatkan Si A nak baca satu juzuk, rupa-rupanya baru 1 m/s dah penat.Alasan: nak study kononnya.Belajar kan satu ibadah juga).
Situasi:Ketika “Study”
Baru tak sampai satu “slide”.Alamak mengantukla.Tido dululah. Esok sebelum kelas, boleh baca lagi. Akhirnya,bila dah bangun dari tido, tak apalh tak payahlah susah-susah baca dulu,nanti dengar je la pensyarah terangkan.
Lihat? Nampak kan bagaimana syaitan menggoda manusia? Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Kita seringkali tertipu dengan diri kita sendiri. Itulah syaitan yang sememangnya kreatif dalam usaha menyesatkan manusia. Ini baru contoh kecil yang mungkin berlaku dalam kehidupan seharian kita. Banyak lagi contoh-contoh lain yang menunjukkan kebijaksanaan syaitan memperdayakan manusia. Misalnya,zina,rogol,rasuah, judi dan banyak lagi kes yang kian menular dalam masyarakat kita. Salah siapa?

Syaitan?

Ya,sememangnya syaitan yang salah. (Manusia suka sangat menuding kesalahan kepada orang lain)
Tetapi, harus diingat, apa gunanya akal yang ALLAH S.W.T kurniakan pada kita. Simpan sahaja? Dan harus diingat juga, pada hari akhirat nanti bukan syaitan sahaja akan menerima azab siksaan Allah. Manusia juga akan dihisab setiap amal perbuatan yang kita lakukan di dunia ini. Fikir-fikirkanlah.



Walaupun, kita merasakan dosa kita terlalu banyak, janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang Allah berikan. Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Ilahi. Pohonlah ampunan daripada Sang Pencipta. Walau,sejauh mana pun kita tersasar,kembalilah semula kepadaNYA. Ana tahu antum dan antunna semuanya baik. Memang fitrah semula jadi manusia ini diciptakan Allah sukakan kebaikan. Cuma terkadang, kita tersalah pilih jalannya. Jangan malu untuk berpatah balik!! Bersegeralah!!! Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan kta. Mati? Allah Maha Mengetahui segalanya. Apa yang pasti,bersegeralah bertaubat kepadaNYA sebelum mata tertutup rapat buat selama-lamanya. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.

Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.

Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.


Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman : “ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”

~ Hadis riwayat Tirmizi ~

Wallahua’alam.

0 comments: