Hari ini 25 Mei 2011. Hari Guru dah berlalu lebih kurang 10 hari yang lalu. Pejam celik,pejam celik sekejap saja masa dah berlalu. Semakin hari semakin bertambah umur. Allahu Allah, betapa banyaknya dosaku sepanjang diriku menumpang di bumi Ilahi ini. (Muhasabah diri T_T)
............................................................................
“Hari pertama masuk sekolah..
Tak pandai membaca mengira...
Tetapi cikgu begitu tabah...
Mengajar kami sungguh2....
Bermula ABC sampai Z....
Hitung satu sampai sepuluh....
Baru ejaan dan kira2...
Kami belajar dengan lancar....”
Hehehe. Pernah dengar tak lagu nie? Dah tahu,mesti tak pernah kan? Wah, cepatnya masa berlalu. Rasa seolah-olah baru sahaja kanak-kanak tadika. Comel sangat lirik lagu kat atas tu kan?Hehehe. Lagu ini sebenarnya pernah dinyanyikan oleh saya dan semua sahabat-sahabat batch saya semasa sambutan hari guru MRSM BESERI( masa tingkatan 4 dan 5). Terus terang saya katakana, saya tak pernah dengar lagu ini sebelum-sebelum ini. Dan seumur hidup, itulah sambutan hari guru yang paling best yang pernah saya sambut. Mengalir air mata saya tatkala menyanyikan lagu nie bersama-sama dengan rakan-rakan sebatch. Setiap orang diberi salinan lirik lagu ini. Cikgu-cikgu sangat terharu pabila kami semua nyanyikan lagu comel ini. Ada juga cikgu yang menitis air mata bila dengar kami dendangkan lagu ini. Sweet sangat-sangat. Terima kasih cikgu…
Nak tahu,kenapa saya menangis bila dengar lagu ini?
- Sebab semua memori sejak saya tadika sehinggalah saat saya belajar di Beseri bermain-main dalam fikiran saya.
- Sebab saya rindukan semua guru radika dan sekolah rendah saya.
- Sebab segalanya bermula dengan jasa guru-guru tadika, sekolah rendah dan seterusnya.
- Sebab saya tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri.
- Sebab saya sayang semua guru-guru saya.
- Sebab saya sayang semua orang disekeliling saya.
- Sebab lirik dia comel. ^_^
- Dan yang paling “special” sebab saya sayang sangat-sangat pencipta guru saya. Tanpa Dia, saya takkan berpeluang untuk melihat dunia ini. Saya sayang Allah sangat-sangat.^_^
Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat hari Guru” kepada semua guru yang pernah mengajar saya.
Tadika Taman Nurul Ain (Nury), Kulim
Sekolah kebangsaan Keladi, Kulim
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah,Kulim
Mrsm Beseri, Perlis
Kolej Matrikulasi Pahang
CFS, IIUM, Petaling Jaya
Uia, Kuantan
Terima Kasih Cikgu...
Cuba dengar lagu ini comel tak?
2 comments:
assalamualaikum..
kak . boleh tanya..
apa tajuk laagu blog akak ne ?
syok ah lagu nya..
:))
waalaikumussalam.
boleh2..^_^
tajuk lagu nie "Binnabil Huda" daripada kumpulan UNIC..^_^
Post a Comment