CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN


Monday, July 19, 2010

~Journey Of Life~

Bismillahirahmanirahim.Assalammualaikumwarahmatullahiwarakatuh. Alhamdulillah, all praises to Allah for giving me the oppurtunity to live in this world with a peaceful country.
Journey Of Life? All of life is a journey which paths we take, what we look back on, and what we look forward to is up to us. We determine our destination, what kind of road we will take to get there, and how happy we are when we get there."



Life is a remarkable journey that takes us up and down a road of happiness, growth, personal interaction, love, fear and sometimes pain and hardship, which comes with all the good we are blessed with. Everyone has their own journey, yet we all experience the same emotions and struggles that are synonymous with life. Life is very tough. Have you thought of that? There are a lot of obstacles that we have to face it seems we are born. Alhamdulillah i'm living in this world for 20 years now. I love my life so much. Thank you so much Allah..^_^

Life is a continuous journey of wonderful experiences that shape us. We should always embrace our joys and sorrows, knowing that it is all part of where we are going and who we will be. The happiness that we feel and the many emotions we have with take us up and down this magnificent road of beauty, love, peace, joy and loss that is all truly part of life's journey. Every step along the way should be savored, understood and enjoyed as it is meant to be. Who ever are you,never forget Allah in your life.

Here i leave you one of my favourite poem that inspired me a lot.

The Road Not Taken
Poet: Robert Frost

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads to way,
I doubted if I should ever come back.
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I -
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
~I love this poem very much. It really meant to me. I'm still remember that I learnt this poem during insecondary school.Quite funny to remembr it.Hehehehe ~



Saturday, June 12, 2010

Bingkisan Hati Di Ulangtahun Kelahiranku






Bismilllahirahmanirahim.Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran diatas kurniaanNYA kerana sudi meminjamkan nyawa dan jasad kepada diriku. Alhamdulillah,semalam 11 JUN 2010 genaplah usia ana 20 tahun. Semakin bertambah umur, maka sedarlah diri ini bahawa semakin banyak tanggungjawab yang harus digalas.Banyak perkara yang harus dititikberatkan. Bukan itu sahaja,banyak amal juga yang dituntut dan harus diperbaiki dari semasa ke semasa. Semoga bertambahnya iman kerana bertambahnya ketaatan kita kepadaNYA. Alhamdulillah,sepanjang kehidupanku didunia Allah kurniakan terlalu banyak nikmat kepada diri ini. Nikmat yang paling utama, ana dilahirkan dalam keadaan beriman kepada agama Allah, yakni Islam. Sungguh,inilah nikmat yang paling2 disyukuri kerana berdirinya diri ini di muka bumi ini adalah asbab kerana Allah Taala. Banyak ujian yang pernah dilalui dalam hidup ini membuatkan diri ini mampu menghadapi halangan pada masa kini dan akan datang. Insya’allah. Syukurku kepada Ilahi kerana menghadiahkan mak dan abah yang sangat penyayang. Mak selalu berada disisiku sewaktu diri ini sedih dan gembira. Abah pun begitu jua. Biasalah, orang kata kehidupan ini umpama roda,kadangkala berada di atas dan kadangkala berada dibawah. Pernah satu ketika, ketika diri ini berada di bawah terasa sangat-sangat sakit di “hati”. Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui, betapa sakitnnya diriku. Sungguhpun begitu, mak dan abah teguh berdiri di belakang ana dan sentiasa bersedia untuk memapah ana ketempat asalnya semula malah lebih tinggi daripada itu. Alhamdulillah, berbekalkan kekuatan dan sokongan dan sahabat2, diri ini mampu berdiri semula. Terima kasih ya Allah kerana selalu bersamaku dikala susah dan senang.Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih atas segalanya Ya Allah. ^_^.

Di kesempatan ini, diriku ingin mengucapkan sesuatu kepada dua orang sahabat karibku yang selalu membantu diriku tika diriku memerlukan pertolongan. Apabila dirundung masalah, ada teman setia yang bisa menemani. Percayalah,bahawa bukan senang untuk mencari teman yang setia! Sungguh,ana percaya tak semua orang mempunyai sahabat yang mampu melindungi,memahami dan mencintai sahabatnya kerana Allah tetapi Alhamdulillah ana ada sahabat yang mempunyai cirri-ciri seperti itu. Tambahan pula hari kelahiran kami pada bulan yang sama..JUN..Ya. J.U.N . Sahabat yang dimaksudkan ialah Hidayah Bt Abd Halim (angah) dan Nurul Isdiyantie Bt Ilias(achik).

Angah dan achik, ketahuilah bahawa alang sangat-sangat sayang anda berdua. Kita bertiga selalu bersama sehingga ramai juga yang jeles tengok kita.Hehehehe. Semoga ukhwah yang dibina atas namaNYA bisa kekal selama-lamanya. Andai alang pergi dahulu, semoga kita bertemu di taman-taman syurga. Insya’allah. Semoga Allah thabatkan iman di hati kita sehingga dihujung nyawa kita tika sakaratul maut menjelma. Angah dan achik, insya’allah sekiranya dipanjangkan umur, jumpa di kuantan nanti ya. Jarak masa yang agak lama,bukanlah penentu segalanya kerana ukhwahfillah itu bukanlah bergantung pada pertemuan semata-semata tetapi perpisahan juga salah satu faktornya. Semoga perpisahan sementara ini mampu membuat hati kita muhasabah diri masing-masing yang mampu mencambahkan perasaan rindu di kebun persahabatan antara kita. Angah dan Achik....alang nak cakap uhibbukifillah kepada kamu berdua..Ukhwahfillahabadanabada. Syukran kathir jaga alang baik-baik selama ini.

Akhir kata, inginku ucapkan sanah helwa ya jameelah kepada:

Hidayah Bt Abdul Halim 6 Jun 1990

Nurul Isdiyantie Bt Ilias 12 Jun 1990

Dan tak lupa juga kepada kakcikku Siti Raidah Bt Md Akhir 24 Mei 1990.(sahabat karib semasa diriku tingkatan 4)

Serta Nur Syafiqah Bt Ismail 9 Mei 1990(sahabat karibku ketika di tingkatan 1-3)

Ingat ya umur itu amanah!!!

Wednesday, May 26, 2010

Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul



Bismillahirahmannirahim.
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Hari ini ana nak berkongsi sebuah artikel yang sangat sesuai dengan fenomena pada zaman serba moden ini.

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

Sekian.

BY ABU UMAIR

Sunday, February 14, 2010

14 Februari :Valentine Day's??..Duhai kekasihku...


Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.alhamdulillah dengan izinNya dapat ana menulis di blog kesayangan ana ini..sudah agak lama ditinggalkan.inilah Post yg pertama utk tahun baru hijrah & masihi...tarikh hari ini 14februari.apa uniknya 14februari??entahla,ana sedih sangat2 mengenangkan ramai anak2 melayu Islam yg masih lagi menyambut valentine day.Ada yang menyatakan bahawa Hari Valentine adalah hari untuk mengingati kekasih..penting sangatkah kekasih itu sehingga ada hari2 tertentu utk diingati??perlukah kita terlalu mengagung2kan kekasih(pada yg bercouple) sehingga mahkota diri harus digadaikan??wahai puterikun kaum Hawa sesunguhnya ada seorang kekasih yang sepatutnya kita kagumi dan tauladani,yakni Rasulullah S.A.W...Betapa kasihnya pada umatnya.Betapa mulianya akhlaknya..Duhai Ya Rasulullah,sesungguhnya aku sangat2 merinduimu...

Perginya dikau kerana ingin bertemu cinta teragung..kekasih Allah adalah gelaranmu..dikurniakan syafaat buat umat di akhirat..moga kami tergolong dalam kalangan penerima syafaat..

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
:: Ali 'Imran : 144 ::

(sebuah kisah yang tidak pernah jemu didengar)

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru kali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai ding!n, kaki dan dada nya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

(Kisah ini dipetik dari http://www.iluvislam.com/)

Subhanallah betapa baginda amat cinta pada kita semua.

Konklusinya: Perbanyakkanlah selawat ke atas baginda sahabat2ku.^_^