Bismilllahirahmanirahim.Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.
Alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran diatas kurniaanNYA kerana sudi meminjamkan nyawa dan jasad kepada diriku. Alhamdulillah,semalam 11 JUN 2010 genaplah usia ana 20 tahun. Semakin bertambah umur, maka sedarlah diri ini bahawa semakin banyak tanggungjawab yang harus digalas.Banyak perkara yang harus dititikberatkan. Bukan itu sahaja,banyak amal juga yang dituntut dan harus diperbaiki dari semasa ke semasa. Semoga bertambahnya iman kerana bertambahnya ketaatan kita kepadaNYA. Alhamdulillah,sepanjang kehidupanku didunia Allah kurniakan terlalu banyak nikmat kepada diri ini. Nikmat yang paling utama, ana dilahirkan dalam keadaan beriman kepada agama Allah, yakni Islam. Sungguh,inilah nikmat yang paling2 disyukuri kerana berdirinya diri ini di muka bumi ini adalah asbab kerana Allah Taala. Banyak ujian yang pernah dilalui dalam hidup ini membuatkan diri ini mampu menghadapi halangan pada masa kini dan akan datang. Insya’allah. Syukurku kepada Ilahi kerana menghadiahkan mak dan abah yang sangat penyayang. Mak selalu berada disisiku sewaktu diri ini sedih dan gembira. Abah pun begitu jua. Biasalah, orang kata kehidupan ini umpama roda,kadangkala berada di atas dan kadangkala berada dibawah. Pernah satu ketika, ketika diri ini berada di bawah terasa sangat-sangat sakit di “hati”. Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui, betapa sakitnnya diriku. Sungguhpun begitu, mak dan abah teguh berdiri di belakang ana dan sentiasa bersedia untuk memapah ana ketempat asalnya semula malah lebih tinggi daripada itu. Alhamdulillah, berbekalkan kekuatan dan sokongan dan sahabat2, diri ini mampu berdiri semula. Terima kasih ya Allah kerana selalu bersamaku dikala susah dan senang.Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih atas segalanya Ya Allah. ^_^.
Di kesempatan ini, diriku ingin mengucapkan sesuatu kepada dua orang sahabat karibku yang selalu membantu diriku tika diriku memerlukan pertolongan. Apabila dirundung masalah, ada teman setia yang bisa menemani. Percayalah,bahawa bukan senang untuk mencari teman yang setia! Sungguh,ana percaya tak semua orang mempunyai sahabat yang mampu melindungi,memahami dan mencintai sahabatnya kerana Allah tetapi Alhamdulillah ana ada sahabat yang mempunyai cirri-ciri seperti itu. Tambahan pula hari kelahiran kami pada bulan yang sama..JUN..Ya. J.U.N . Sahabat yang dimaksudkan ialah Hidayah Bt Abd Halim (angah) dan Nurul Isdiyantie Bt Ilias(achik).
Angah dan achik, ketahuilah bahawa alang sangat-sangat sayang anda berdua. Kita bertiga selalu bersama sehingga ramai juga yang jeles tengok kita.Hehehehe. Semoga ukhwah yang dibina atas namaNYA bisa kekal selama-lamanya. Andai alang pergi dahulu, semoga kita bertemu di taman-taman syurga. Insya’allah. Semoga Allah thabatkan iman di hati kita sehingga dihujung nyawa kita tika sakaratul maut menjelma. Angah dan achik, insya’allah sekiranya dipanjangkan umur, jumpa di kuantan nanti ya. Jarak masa yang agak lama,bukanlah penentu segalanya kerana ukhwahfillah itu bukanlah bergantung pada pertemuan semata-semata tetapi perpisahan juga salah satu faktornya. Semoga perpisahan sementara ini mampu membuat hati kita muhasabah diri masing-masing yang mampu mencambahkan perasaan rindu di kebun persahabatan antara kita. Angah dan Achik....alang nak cakap uhibbukifillah kepada kamu berdua..Ukhwahfillahabadanabada. Syukran kathir jaga alang baik-baik selama ini.
Akhir kata, inginku ucapkan sanah helwa ya jameelah kepada:
Hidayah Bt Abdul Halim 6 Jun 1990
Nurul Isdiyantie Bt Ilias 12 Jun 1990
Dan tak lupa juga kepada kakcikku Siti Raidah Bt Md Akhir 24 Mei 1990.(sahabat karib semasa diriku tingkatan 4)
Serta Nur Syafiqah Bt Ismail 9 Mei 1990(sahabat karibku ketika di tingkatan 1-3)
Ingat ya umur itu amanah!!!
0 comments:
Post a Comment