CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN


Monday, August 23, 2010

SMILES

Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah this week I have learnt about SMILES. SMILES is actually stand for Simplified Molecular Input Line Entry System.

Okay, now I want to show to you the chemical structure that I have drawn.

Tutorial 1


Tutorial 2


Tutorial 3


Tutorial 4


That's all for my tutorial today. Insya'allah we will meet soon.


Special thanks to my beloved lecturee Madam Linda for being nice to me. If i'm not mistaken today is my class with you. Please forgive me for all my mystake during the clss time. Love you Madam.^_^

Monday, August 2, 2010

Pengasihya YANG MAHA PENGASIH


Bismillahirahmanirrahim.Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Adakah sahabat-sahabat semua sihat?Alhamdulillah,ana sihat sahaja.Harapan ana semoga sahabat-sahabat semua sihat sejahtera dari segi fizikal,mental dan juga spiritual.Insya'allah. Sekiranya ada yang kurang sihat dari segi fizikal, yakinlah Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kalian dengan menguji keimanan kalian menerusi nikmat kesihatan. DiberikanNYA ujian ke atas hamba-hambaNYA tidak lain tidak bukan untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran dan keimanan kita terhadapNYA. Adakah kita redha dan bersabar atas musibah itu ataupun mengutuk-ngutuk Pencipta kita lantaslah meluahkan ucapan yang tak sepatutnya dilafazkan seperti.."Alahai,apalah malang sangat nasibku ini."...Nauzubillahiminzalik.


Bersyukurlah atas segala pemberianNYA kepada kita dan yang paling utama sentiasalah bersangka baik terhadap Allah kerana "Orang yang bejaya adalah orang yang berbaik sangka terhadap usahanya dan menjangkakan akan kejayaan.Apa yang dijangka dan disangka didalam hati adalah doa dalam senyap." ~Razzi Ar-Mansur~
Apa yang ana ingin tegaskan disini adalah, sekiranya sifat husnu zon,yakni sifat bersangka baik selalu diterapkan didalam diri,maka akan lahirlah seorang insan yang sentiasa optimistik terhadap sesuatu perkara dan sentiasa gembira dengan kehidupanNYA.Bersyukurlah kita dengan setiap PemberianNYA meskipun ujian yang diberikan itu terlalu berat untuk kita menggalasnya. Ingin ana kongsikan satu analogi yang berkaitan dengan kehidupan sehariaan kita. Andaikata anda menghidapi demam campak .Kemudian, semua orang menjauhi anda kerana takut kemungkinan juga akan menjangkiti mereka tetapi ada seorang insan sahaja yang setia menemani anda.Siapa ya?Ibu anda.Betul tak.Maaf kalau salah mentafsir.Tetapi, selalunya ibulah yang sentiasa disisi kita. Diusahakannya juga untuk mengubati kita dengan mencari pelbagai alternatif semata-mata ingin melihat anaknya sihat kembali seperti sediakala. Terharu kan?Ibu sangat kasihkan kita kan?Jadi,untuk membalas semua jasa ibu kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan solehah serta tidak ketinggalan juga berusaha bersungguh-sunguh berjaya dalam bidang akademik.Pendek kata,semuanya niat baik-baik belaka kan?Alhamdulillah.^_^.Sekiranya ibu yang merupakan insan biasa memiliki sifat yang sangat pengasih,inikan pula Sang Khaliq yakni Pencipta kita.Sudah semestinya KasihNYA melebihi ksasih seorang ibu terhadap anaknya... Ini merupakan tindak balas kita terhadap sesama manusia.Persoalannya, apakah pula tindak balas kita terhadap semua nikmat mahupun ujian yang Allah kurniakan kepada kita??? Ayuh,renung-renungkanlah sahabat-sahabatku sekalian. Islam itu mudah.Apa yang allah mahukan daripada hamba-hambaNYa juga mudah.Taat dan patuh pada suruhanNYA dan tinggalkan segala laranganNYA.Itu sahaja..Allah dah janji kepada orang-orang yang beriman akan memberi ganjaran kepada mereka-mereka yang beriman.Pengasihkan YANG MAHA PENGASIH?Amalan yang baik akan dikurniakan ganjaran dan begitulah sebaliknya.Sekiranya engkar terhadap suruhanNYA,maka tunggulah azabNYA nanti.


Untungkan kita?Lahir-lahir sahaja sudah beragama Islam.Alhamdulillah.Tetapi,adakah kita hanya Islam pada nama dan pada kad pengenalan sahaja ataupun Islam yang mengamalkan cara hidup Islam.Fikir-fikirkanlah.Setiap hari dan setiap malam sebelum tidur bermuhasabahlah diri kita kembali sebelum malaikat Izrail mencabut nyawa kita buat kali pertama dan juga kali terakhir.Waallahua'lam.

Sunday, August 1, 2010

Creating Graphical Object

Free Graphics



Bismillahhirahmanirahim.Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. How are you? Hopefully all of you are fine. We meet again. Today, I want to share with you how to draw simple structure and draw more complex structure by using chemsketch software.I have no computer in science class for tomorrow..yeah.^_^...Don't be too happy I have to accomplish my task first....hehehe.Okay,let be serious now.What the simple structures that I have to draw?.Draw atoms, bonds (single, double, triple, wedge, coordination, undefined, and Markush), as well as labels and polymers..There are a lot of structures that I have drawn.






Drawing a Curve

Drawing Different Kinds of Orbitals

Drawing Vacuum Distillation Apparatus


Drawing a Two-chain DNA Strand

Drawing Lipids


Thank you so much madam linda.I'm realize i'm starting to like this subject.So, a special glitter for you Madam Linda.->..........
glitter-graphics.com

Okay, let us meet again for next week task...Free Graphics

Wednesday, July 28, 2010

Jikaku Tak Bangun Esok Pagi

Bismillahirahmanirrahim.Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Sudah sebulan lebih sahabat yang istemewa dihatiku telah pergi meninggalkan diriku. Sesungguhnya diriku redha dengan pemergiannya. Tetapi siapalah diriku ini yang mampu untuk menahan rinduku ini pada dia. Diriku hanya insan biasa. Hari-hari asyik teringatkan dia. Sangat-sangat merindui dia. Suara gurau sendanya masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.Selalu terfikirkan apakah kursus yang dia akan ambil sekiranya dia masih bersamaku. Manakan tidak,setiap kali terpandang gula-gula lolipop kegemarannya lantas diriku mula terbayangkan wajahnya. Dia sukakan Lolipop berperisa strawberi. Kalau dia merajuk,dia nakkan orang belikan dia lolipop itu.^_^...Pernah satu ketika dia merajuk dengan diriku, lalu kuhadiahkan dia 6 biji lolipop itu. Dia terkejut.Soalnya padaku, "kenapa banyak sangat nie?".."Hmm..tak apa.Ambilla semua.Fatin belikan khas untuk Atim.".Jawabku bersungguh-sungguh.Dia terkejut.Beria-ia dia menolak pemberianku.Katanya,"buat apala beli banyak-banyak ni.Oh,Nak bagi gigi owang rosak eh?"."Bukanla.Fatin bagi sebab ada orang tu kata,kalau dia merajuk,dia nak hadiah lolipop.".M.Akhirnya dia ambil juga pemberianku sambil mengucapkan terima kasih.Sambil senyum-senyum dan berkata seronoknya ada orang bagikan dia lolipop.Hehehe.Diriku tersenyum sendirian saat mengenangkan memori itu kembali.Diriku terasa bahagia pabila melihat dirinya tersenyum.Memori itu datnag menggamit hatiku kembali...
----------------------------------------------------------------------------------


Inilah sahabat istimewaku.Rindukan senyumannya.Atim....
Dia sememangnya terkenal dengan sikap peramah dan ceria orangnya.Sungguhpun begitu, diriku amat yakin disebalik keceriaannya, tersembunyi sebuah kesedihan dan kerinduan yang mendalam dihatinya. Arwah ibunya telah meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi.Pernah suatu ketika dia memberitahu bahawa dia merindui arwah ibunya.Dia juga pernah berpesan kepada diriku meenerusi sms supaya menjaga dan menghargai ibuku sebaik-baiknya,kerana jasa ibu tiada ternilainya.Saat dia berpesan padaku ,diriku mengalirkan air mata.Diriku sedar yang dia benar-benar merindui arwah ibunya...Atim,semoga dirimu bahagia diSANA bersama-sama arwah ibumu.Semoga dikau tergolong bersama-sama orang beriman.Amin.Al-Fatihah kepada arwah Fatima Zurwanti Bt Zukifly dan ibunya.


Ini satu-satunya gambar dirinya bersama-sama diriku di lab Biology sewaktu short sem aritu.Arwah yang paling hujung sebelah kiri.

Lagu ini arwah atim pernah tujukan kepada sahabat karibnya Kak Hawa..Hayatilah liriknya.

Jika kutak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat kucintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian


Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup

Sayang… tiada apa yg kekal dlm dunia ini
Namun yang pasti walupun ku tiada nanti
Cintaku .. akan kekal abadi

Kuberharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi disana nanti
Jika kutak bangun…..esok pagi
Jika kutak bangun esok pagi