CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN


Sunday, August 14, 2011

"SOALAN KEHIDUPAN"

Alhamdulillah, hari ini saya nak berkongsi sedikit pengisian daripada Prof Dr Muhaya. Tajuk pengisian pada minggu ini adalah "SOALAN KEHIDUPAN" . Asif a'la kulli hal, dah lama entri ini disimpan didalam draft dan hari ini baru nak post disebabkan keadaan yang tak mengizinkan.
Mukadimah:
Kenapa soalan kehidupan?
  • kerana yang membezakan seseorang yang berjaya di dunia dan di akhirat dengan seseorang yang kurang berjaya di dunia dan di akhirat adalah soalan yang mereka tanya pada diri mereka sendiri pada setiap hari.
  • Jadi, kalau kita tanya diri kita apakah segala amalan kita ini, segala kita cakap ,kita fikir , kita makan ,kita kerja , kita buat apa pun puji orang ke? marah orang ke?DUA sahaja TUJUAN:
  1. Mencari keredhaan Allah atau?
  2. Mencari penghargaan manusia
Kalau orang yang hidupnya hanya memberi fokus kehidupannya semata-mata untuk mencari penghargaan manusia alangkah ruginya kerana manusia hidup sekejap sahaja.Paling lama pun ada yang 80 tahun.Bersama dengan manusia pun 80 tahun hidup kita(contoh). Akan tetapi, kita akan bertemu Allah di alam akhirat nanti selama-lamanya. Jadi alangkah bagus, sekiranya kita bertanya pada diri kita apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara sama ada nak cari redha Allah atau penghargaan manusia?TANYA BALIK DIRI KITA


Kalau boleh hari-hari kita cuba sebut:
  • ILAHI kau tujuanku.
  • REDHAMU matlamatku.
  • Kurniakanlah pada diriku MENGENAL dan MENCINTAI diriMU.





4 Prinsip Kehidupan Untuk Berjaya Di dunia & Di Akhirat:

1)Kita mesti menghormati semua makhluk Allah S.W.T
Maksudnya kita perlu menghormati semua makhluk Allah S.W.T termasuklah poko-pokok,haiwan,manusia lain dan sebagainya. Pendek kata semua makhluk Allah. Jangan semena-mena kita nampak semut, terus kita bunuh, bunuh, dan bunuh semut. Kita pun tahu kan, semua haiwan dalam dunia ini bertasbih kepada Allah S.W.T. Kalau kita bunuh mereka sesuka hati, tak terasa bersalahkah kita? Siapa kita? Besar sangatkah kita?

2)Sentiasa jujur dan ikhlas dalam setiap amalan yang kita kerjakan.
Sebagai contoh: Kita baik dengan seseorang tanpa sebarang niat. Jangan buat sesuatu kerana nak mengharapkan balasan semata-mata.



3)Sentiasa lemah-lembut dalam pertuturan.
Kalau kita jumpa orang, walau kita baik macam mana pun, kalau kita kasar kita tak akan disuka.
Cuba tanya balik diri kita, adakah kita akan suka sekiranya orang berkasar dengan diri kita?
Sudah tentu kita tidak suka. Jadi, kalau kita nak orang hormati kita, kita terlebih dahulu perlu belajar menghormati orang lain.

4)Sentiasa memaafkan orang lain.

Apabila kita mudah memaafkan orang lain, insya'allah tiada istilah "stress" dalam hidup. Apabila hadir perasaan tidak puas hati dengan orang lain atau "marah", cepat-cepatlah cari kesalahan sendiri dan perbaikilah daripada mencari kesalahan orang lain. Jangan sombong. Kita hamba Allah. Kita juga ada melakukan kesalahan. Mungkin kita tak sedar. Kalau nak mudah orang maafkan kita, kitalah terlebih dahulu kena belajar untuk maafkan orang lain.Kadang-kadang,kitaterlalu memikirkan perasaan kita dan langsung tidak menghiraukan perasaan orang lain.Cubalah memaafkan.Insya'allah hati akan tenang. No hard feeling okay.^_^. Kalau benar kita baik, insya'allah, Allah akan hadiahkan kita untuk bertemu dengan orang yang baik-baik diseliling kita. Tak mahukah kita jadi baik?



5)Sentiasa niat untuk bermanfaat dan memberi perkhidmatan kepada makhluk Allah yang lain.
Oleh itu, kalau kita amalkan 5 sifat ini, Insya'allah ke mana kita pergi, kerja apa kita ada, jumpa dengan siapa dan apapun profesion kita, Insya'alllah pasti akan berjaya.

Teringat saya pada kata-kata Imam Hassan Al-Banna:

Gembirakanlah saudaramu„ kalau engkau tidak bisa menghadirkan kegembiraan kepada saudaramu, janganlah engkau melakukan hal-hal yang menyakitinya.


Apa yang ingin saya tekankan disini, dalam hidup ini sentiasalah memberi, bukan hanya menerima semata-mata dan sentiasalah berbuat baik kepada semua orang. Biarlah orang buat jahat pada kita, jangan sekali-kali kita buat jahat pada orang lain. Inilah ajaran Baginda Rasulullah S.A.W kepada kita. Walau dihina,dicerca, dibaling najis sekalipun Baginda Rasulullah S.A.W langsung tidak menyimpan dendam kan?Subhanallah, inilah qudwah hasanah yang sewajarnya kita contohi.






TAHU DAN CINTA
Kita tahu dan kenal Baginda Rasulullah S.A.W. Tapi berapa ramai yang benar-benar cintakan Baginda?Allahu a'lam. Allah lebih tahu dan kenal diri kita. Bagaimana ingin cintakan Rasulullah ya?

Ibrahim Bin Adham r.a telah berkata : “Kasih sayang itu merupakan hasil daripada sebuah perkenalan. Sesiapa yang kenal Allah maka dia akan Mencintai-NYA. Sesiapa yang mencintai ALLAH , dia akan Mencintai Nabi S.A.W. Dan sesiapa yang kenal Nabi S.A.W pasti dia akan mencintainya..."

Ya, "key point" nya ialah..KENAL dan CINTAKAN ALLAH. Mana mungkin orang yang mencintai Allah akan bisa melakukan perkara-perkara mengundang kemurkaan Allah. Sekiranya kita benar-benar menyintai Allah, baca dan tadaburlah al-quran kerana ayat-ayat cinta itu ditulis oleh Allah S.W.T kepada kita. Allah hadiahkan kita Al-Quran bukan untuk perhiasan semata-mata, tapi untuk kita pelajarinya dan amalkan dalam kehidupan. Hati yang dekat pada Al-Quran tidak akan mudah melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang kemarahan Allah. Jagalah hati kita. ^_^

Akhir kalam,


‎"Usah persiakan usiamu dalam usaha-usaha yang hampa. Jangan buang waktumu dalam perbincangan yang tidak berguna. Sebaliknya, ingatlah Allah dan bacalah Al-Qur`an. Bimbinglah orang yang tersesat ke jalan yang terang benderang. Bantulah orang lain meninggalkan kejahatan dan alihkan mereka kepada perbuatan baik. Perbaiki persahabatan dan bantulah orang lain untuk saling membantu antara satu sama dengan yang lainnya."
[Syeikhul Akbar Ibnu 'Arabi Qaddasallahu Sirrahu]




0 comments: