CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN


Friday, June 15, 2012

                                           Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.^_^
                                                  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
                                                             I’d love to go someday. :)

Tidak apa-apa sangat yang ingin diungkapkan. Hanya ingin meluahkan rasa, teramat sayu pabila memandang gambar kaabah . The first thing that comes to my mind is i miss Rasulullah Sallallahu Alayhi wasallam so much. Tak tahulah berpeluang atau tak untuk berkunjung ke Tanah Haram Mekah al- Mukarramah. Hidup ini terlalu singkat. Rugilah bagi mereka yang lalai dengan urusan dunia sehingga tiada masa untuk urusan akhiratTelah tertulis kematian pada suratan kehidupan kita ini,namun hanya ALLAH yang  lebih tahu, bilakah ajal bakal bertamu. :)


Masa terlalu cepat berlalu. Tanpa disedari usia saya sudah menjangkau 22 tahun. Alhamdulillah, sepanjang hidup ini dikurniakan sahabat yang baik disisi. Yang memiliki perwatakan yang serupa. Yang berkongsi kesukaan yang sama. Yang mempunyai rasa yang sama. Pendek kata, banyaklah persamaan.Hehe. Kalau sedih, sahabat saya juga akan sedih.Kalau gembira, mereka juga gembira. Kalau sakit, ada yang ambil berat. Kalau susah, ada yang tolong.Alhamdulillah. Thank You ALLAH atas anugerah ini. :) Insyaallah saya akan pelihara anugerah ini baik-baik.

Roses are red,
Violets are blue,
  Can I ask your wali,
   If I can marry you.
Hehe.Tetiba ja kan.Saya suka poem ni. Tak ada kena mengena dengan saya pun. Just nak cakap suka.ja.Hehe.Saya rasa kelakar. Jazakumullah khairan katsiran kepada semua yang telah beri ucapan hari lahir berserta doa kepada saya pada 11 JUN yang lalu. Sayang semua. Sengaja tidak letak tarikh lahir di facebook. Pada zaman serba canggih ini, semuanya nak ada yang remind. Tak boleh ka nak ingat sendiri??Huhuhu.Jangan risau, saya tak marah pun.Hehe.Tolong baca dengan nada yang cool gitue.Peace.Sungguhpun begitu, saya sangat terharu bila ada yang ingat tarikh lahir. Terima kasih.;)
Kalau tak ingat pun tak apa. Ingat Allah lagi bagus kan.=).Saya tak kisah sebenarnya.Saya tetap sayang semua sahabat saya.=)

 Kek yang dibeli oleh family pd malam 10 Jun. Sayang semuanya. Mak, abah, kakak, kedua-dua abang saya ,kakak ipar dan abang ipar.


Dengan ini dengan rasminya saya ingin mengucapkan jazakumullah kepada nama-nama dibawah.Sekian.(Maaf sekiranya ejaan nama-nama tersebut tersalah)Hehe.
1)Siti Raidah Bt Md Akhir 24/5/1990 (my beloved kak cik ex-cubemate masa form 4)- orang paling awal mesej. cubemate yang ceria,caring.Kenangan manis, kitaorang ni malas sikit nak turun gi dewan makan petang-petang kalau hari cuti.Jadi, pada suatu petang, saya dan cubemate saya (raidah, pina dan ijon) makan 1 megi share 4 org mkn.hehe.sweet tau.hehe Rindu.Lagi, saya tak pernah tau nk tulis2 surat utk orang, tapi dgn kak cik, kitaorang slalu berbalas-balas surat masa kat Mrsm.kelakar bila ingat balik.
2)Anisdzulfa Bt Ahmad 8/7/1990(kwn seMRSM jg) sblm tepat 12 a.m 11 jun, saya tgh mesej tru fb dgn beliau. Beria-ria beliau kata "ala mentang-mentang besday org tue esok.".Tapi,dengan selamba ja saya menafikan besday saya bukan esok.Hehe.Saya kata anis salah orang kot.Hehe.Then,terkantoi beliau cakap,"Tapi, henfon ckp besday awak esok"..Hahaha.kelakar.Lepas tue, baru la saya ngaku besday saya 11 jun.heheBeliau ingat besday saya sbb henfon beliau ingatkan.hehe.Saya tak kisah, at least saya tahu, beliau ada usaha nak save tarikh lahir saya dalam henfon beliau. Hehe.Awak sweet la nenek.:)
3)Nurul Isdiyantie Bt Ilias 12/6/1990(my bestfriend dari form 4 sampai sekarang.kitaorang sama-sama kat uia skrg ni) Yang ni, kalau ta ingat besday saya, mmg nk kena la kan. Besday beliau 12 Jun.hehe.Sweet kan kitaorang, dah la bestfriend, tarikh lahir pun nk dekat.Seriusly, byk persamaan antara kami.Apa yang pasti, jangan kahwin dengan orang yang sama sudah la kan.hehe.(gurau ja).Saya rela undur diri.Cewah.
4)Nur Syafiqah Bt Ismail 9/5/1990 (my bestfriend masa form 1 sampai sekarang. Insyaallah)Memori di SMK Sultan Badlishah xakan ku lupakan.Hehe.
5)Noor Nazihah Bt Ghazali 10/1/1989(Tua setahun drpd saya. Ex- SMKA Baling. Darul Quran.Merangkap Usrahmate saya n bawa halaqah sama-sama.)Maaf ateh, sebab alang banyak kekurangan.Huhu.Kitaorang dua-dua anak bongsu.Jadi,memang senang untuk mengalirkan air mata.Luv u Fillah.
6)Nor Shaqiroh Bt Samsudin 4/4/1990 (my beloved roomate tersayang.Dah 2 tahun dpt sebilik dgn beliau.insyaallah,utk next sem kitaorang dpt sebilik lagi.Alhamdulillah,panjang jodoh dgn beliau.Beliau selalu ajar saya apa-apa subjek yang beliau boleh ajar n suka warna pink.) Terima kasih dear.Saya sangat terharu bila beliau wish besday saya.Nampak kesungguhan untuk ingat tarikh lahir saya sbb beliau pernah bagitahu saya yang beliau susah nak ingat tarikh lahir orang lain.hehe.Kata beliau nak kahwin tarikh 6/6.Tahun berapa, tak tahu lagi.hehe.Malam 6/6/2012, saya main bunga api dgn kak syah dpn bilik bagi meraikan tarikh beliau bakal berkahwin.Hehe.(Seronok ooo..tua2 main bunga api)hehe.
7)Syahrul Farhanah Bt Mohd Salleh 23/9/198? (my beloved angah kak syah.Sahabat seUIA.kenal masa kat UIA,PJ.Tapi start rapat di UIA,KUANTAN.Yang paling penting nak mention, kitaorang sekampung oo..Rumah angah kat Keladi.Hehe)Beliau seorang kakak yang baik.Tua berapa tahun, tak perlulah saya mention.Hehe.Banyak persamaan feeling dgn saya.Biasalah, orang Kedah dengan orang Kedah memang ngam.hehe.Angah seorang yang kelakar.Imaginasi yang tinggi.Kadang-kadang apa yang beliau imagine boleh membuatkan saya ketawa.Hehe.
8) NurDayana Fadzlin Bt Mohd Safee 10/3/1990 (my ex-roomate masa kt UIA,PJ.) Beliau juga seorang yang kelakar.Gila-gila gitue.Saya masih ingat lagi, ada suatu hari tue saya rasa tak ada mood,jadi saya pilih untuk berdiam diri.Pada pagi tue, saya cakap kt beliau, "Cek nak minta maaf tau,hari ni cek nk diam ja tau.Jangan terasa tau.Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.Just,cuma nak diam saja."Hehe..Then,ptg tue lepas abis kelas, saya xingat apa yang beliau kata, tapi apa yang penting, tersembur juga ketawa saya.hehe.Beliau sangat kelakar.Thank you yayan. Thank you sbb hiburkan saya.
9)Sumaiya Bt Mohd Razif 6/10/1990 (sahabat sekelas masa form 1-3)Beliau sangat comel dan cantik.hehe.Dan seorang yang baik juga.Dulu kitaorang rajin juga gi library kulim.Sekarang, kalu cuti-cuti kitaorang slalu gi main boling sama-sama.Last year, masa kenduri abang saya kahwin, beliau datang bersama-sama mak beliau.Terima kasih Mak Cik Rasyidah.(betul ka mak cik rasyidah?) rasa macam betul dah.hehe.Apa yang kelakar, masa maiya n mak dia dtg, abg ipar saya ckp, "adik, kwn adik yg dok kt bandar bharu mai." Penat, saya fikir, ada ka kawan yg dok bandar bharu.Last2,bila keluar rumah tgk maiya n mak maiya.Saya ketawa.Dalam hati....( Macam mana la abang annuar boleh terpikir yg rumah maiya kt bandar bharu)Hahaha.
10) Anis Naazira Bt Abdul Rauf 30/3/1990 (sahabat seUIA)Tak tahu nk describe apa-apa.Hehe.Yang saya tahu roomate aqlili.hehe.Lagi,anis suka orang kedah cakap.hehe.
11)Wan atikah (sahabat seUIA juga) saya kenal beliau masa jadi comittee taaruf week di UIA PJ dulu. Anis dan Wan wish tru facebook.Yang lain semua tru sms.Hehe
12)Hidayah Bt Abd. Halim 6/6/1990 (my bestfriend dari MRSM sampai sekarang kt UIA) seorang yang baik,lembut, dan caring.hehe.saya panggil beliau angah.Dulu, kalau cuti sem, rajin juga saya gi Perlis tidur rumah angah.Hehe.Beliau bagi saya hadiah pd 2/6/2012.Awal kan.Kata beliau takut xsempat nk jumpa sbb kitaorang tgh busy final exam minggu tue. Tapi, hadiah tue, saya simpan.Tunggu 11/6 baru saya buka.Hehe.hadiah itu sangat sweet tau. Sebuah album yang ada gambar kami bertiga ( saya,isdiyantie, dan beliau).Gambar sejak dari Mrsm sampai ke UIA..Hehe.

Tak kira la wish atau tak, itu tak penting sangat kerana sahabat yang baik itu selalu mendoakan untuk sahabatnya ketika sujudnya dalam diam-diam. :) Saya sayang semua yang pernah menjadi sahabat saya.Semoga Ukhwah kami semua kekal ke Jannah.Ukhwahfillah Abadan Abada.

Sunday, August 14, 2011

"SOALAN KEHIDUPAN"

Alhamdulillah, hari ini saya nak berkongsi sedikit pengisian daripada Prof Dr Muhaya. Tajuk pengisian pada minggu ini adalah "SOALAN KEHIDUPAN" . Asif a'la kulli hal, dah lama entri ini disimpan didalam draft dan hari ini baru nak post disebabkan keadaan yang tak mengizinkan.
Mukadimah:
Kenapa soalan kehidupan?
  • kerana yang membezakan seseorang yang berjaya di dunia dan di akhirat dengan seseorang yang kurang berjaya di dunia dan di akhirat adalah soalan yang mereka tanya pada diri mereka sendiri pada setiap hari.
  • Jadi, kalau kita tanya diri kita apakah segala amalan kita ini, segala kita cakap ,kita fikir , kita makan ,kita kerja , kita buat apa pun puji orang ke? marah orang ke?DUA sahaja TUJUAN:
  1. Mencari keredhaan Allah atau?
  2. Mencari penghargaan manusia
Kalau orang yang hidupnya hanya memberi fokus kehidupannya semata-mata untuk mencari penghargaan manusia alangkah ruginya kerana manusia hidup sekejap sahaja.Paling lama pun ada yang 80 tahun.Bersama dengan manusia pun 80 tahun hidup kita(contoh). Akan tetapi, kita akan bertemu Allah di alam akhirat nanti selama-lamanya. Jadi alangkah bagus, sekiranya kita bertanya pada diri kita apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara sama ada nak cari redha Allah atau penghargaan manusia?TANYA BALIK DIRI KITA


Kalau boleh hari-hari kita cuba sebut:
  • ILAHI kau tujuanku.
  • REDHAMU matlamatku.
  • Kurniakanlah pada diriku MENGENAL dan MENCINTAI diriMU.





4 Prinsip Kehidupan Untuk Berjaya Di dunia & Di Akhirat:

1)Kita mesti menghormati semua makhluk Allah S.W.T
Maksudnya kita perlu menghormati semua makhluk Allah S.W.T termasuklah poko-pokok,haiwan,manusia lain dan sebagainya. Pendek kata semua makhluk Allah. Jangan semena-mena kita nampak semut, terus kita bunuh, bunuh, dan bunuh semut. Kita pun tahu kan, semua haiwan dalam dunia ini bertasbih kepada Allah S.W.T. Kalau kita bunuh mereka sesuka hati, tak terasa bersalahkah kita? Siapa kita? Besar sangatkah kita?

2)Sentiasa jujur dan ikhlas dalam setiap amalan yang kita kerjakan.
Sebagai contoh: Kita baik dengan seseorang tanpa sebarang niat. Jangan buat sesuatu kerana nak mengharapkan balasan semata-mata.



3)Sentiasa lemah-lembut dalam pertuturan.
Kalau kita jumpa orang, walau kita baik macam mana pun, kalau kita kasar kita tak akan disuka.
Cuba tanya balik diri kita, adakah kita akan suka sekiranya orang berkasar dengan diri kita?
Sudah tentu kita tidak suka. Jadi, kalau kita nak orang hormati kita, kita terlebih dahulu perlu belajar menghormati orang lain.

4)Sentiasa memaafkan orang lain.

Apabila kita mudah memaafkan orang lain, insya'allah tiada istilah "stress" dalam hidup. Apabila hadir perasaan tidak puas hati dengan orang lain atau "marah", cepat-cepatlah cari kesalahan sendiri dan perbaikilah daripada mencari kesalahan orang lain. Jangan sombong. Kita hamba Allah. Kita juga ada melakukan kesalahan. Mungkin kita tak sedar. Kalau nak mudah orang maafkan kita, kitalah terlebih dahulu kena belajar untuk maafkan orang lain.Kadang-kadang,kitaterlalu memikirkan perasaan kita dan langsung tidak menghiraukan perasaan orang lain.Cubalah memaafkan.Insya'allah hati akan tenang. No hard feeling okay.^_^. Kalau benar kita baik, insya'allah, Allah akan hadiahkan kita untuk bertemu dengan orang yang baik-baik diseliling kita. Tak mahukah kita jadi baik?



5)Sentiasa niat untuk bermanfaat dan memberi perkhidmatan kepada makhluk Allah yang lain.
Oleh itu, kalau kita amalkan 5 sifat ini, Insya'allah ke mana kita pergi, kerja apa kita ada, jumpa dengan siapa dan apapun profesion kita, Insya'alllah pasti akan berjaya.

Teringat saya pada kata-kata Imam Hassan Al-Banna:

Gembirakanlah saudaramu„ kalau engkau tidak bisa menghadirkan kegembiraan kepada saudaramu, janganlah engkau melakukan hal-hal yang menyakitinya.


Apa yang ingin saya tekankan disini, dalam hidup ini sentiasalah memberi, bukan hanya menerima semata-mata dan sentiasalah berbuat baik kepada semua orang. Biarlah orang buat jahat pada kita, jangan sekali-kali kita buat jahat pada orang lain. Inilah ajaran Baginda Rasulullah S.A.W kepada kita. Walau dihina,dicerca, dibaling najis sekalipun Baginda Rasulullah S.A.W langsung tidak menyimpan dendam kan?Subhanallah, inilah qudwah hasanah yang sewajarnya kita contohi.






TAHU DAN CINTA
Kita tahu dan kenal Baginda Rasulullah S.A.W. Tapi berapa ramai yang benar-benar cintakan Baginda?Allahu a'lam. Allah lebih tahu dan kenal diri kita. Bagaimana ingin cintakan Rasulullah ya?

Ibrahim Bin Adham r.a telah berkata : “Kasih sayang itu merupakan hasil daripada sebuah perkenalan. Sesiapa yang kenal Allah maka dia akan Mencintai-NYA. Sesiapa yang mencintai ALLAH , dia akan Mencintai Nabi S.A.W. Dan sesiapa yang kenal Nabi S.A.W pasti dia akan mencintainya..."

Ya, "key point" nya ialah..KENAL dan CINTAKAN ALLAH. Mana mungkin orang yang mencintai Allah akan bisa melakukan perkara-perkara mengundang kemurkaan Allah. Sekiranya kita benar-benar menyintai Allah, baca dan tadaburlah al-quran kerana ayat-ayat cinta itu ditulis oleh Allah S.W.T kepada kita. Allah hadiahkan kita Al-Quran bukan untuk perhiasan semata-mata, tapi untuk kita pelajarinya dan amalkan dalam kehidupan. Hati yang dekat pada Al-Quran tidak akan mudah melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang kemarahan Allah. Jagalah hati kita. ^_^

Akhir kalam,


‎"Usah persiakan usiamu dalam usaha-usaha yang hampa. Jangan buang waktumu dalam perbincangan yang tidak berguna. Sebaliknya, ingatlah Allah dan bacalah Al-Qur`an. Bimbinglah orang yang tersesat ke jalan yang terang benderang. Bantulah orang lain meninggalkan kejahatan dan alihkan mereka kepada perbuatan baik. Perbaiki persahabatan dan bantulah orang lain untuk saling membantu antara satu sama dengan yang lainnya."
[Syeikhul Akbar Ibnu 'Arabi Qaddasallahu Sirrahu]




Wednesday, May 25, 2011

Guru

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Hari ini 25 Mei 2011. Hari Guru dah berlalu lebih kurang 10 hari yang lalu. Pejam celik,pejam celik sekejap saja masa dah berlalu. Semakin hari semakin bertambah umur. Allahu Allah, betapa banyaknya dosaku sepanjang diriku menumpang di bumi Ilahi ini. (Muhasabah diri T_T)
............................................................................


“Hari pertama masuk sekolah..
Tak pandai membaca mengira...
Tetapi cikgu begitu tabah...
Mengajar kami sungguh2....

Bermula ABC sampai Z....
Hitung satu sampai sepuluh....
Baru ejaan dan kira2...
Kami belajar dengan lancar....”


Hehehe. Pernah dengar tak lagu nie? Dah tahu,mesti tak pernah kan? Wah, cepatnya masa berlalu. Rasa seolah-olah baru sahaja kanak-kanak tadika. Comel sangat lirik lagu kat atas tu kan?Hehehe. Lagu ini sebenarnya pernah dinyanyikan oleh saya dan semua sahabat-sahabat batch saya semasa sambutan hari guru MRSM BESERI( masa tingkatan 4 dan 5). Terus terang saya katakana, saya tak pernah dengar lagu ini sebelum-sebelum ini. Dan seumur hidup, itulah sambutan hari guru yang paling best yang pernah saya sambut. Mengalir air mata saya tatkala menyanyikan lagu nie bersama-sama dengan rakan-rakan sebatch. Setiap orang diberi salinan lirik lagu ini. Cikgu-cikgu sangat terharu pabila kami semua nyanyikan lagu comel ini. Ada juga cikgu yang menitis air mata bila dengar kami dendangkan lagu ini. Sweet sangat-sangat. Terima kasih cikgu…


Nak tahu,kenapa saya menangis bila dengar lagu ini?

  • Sebab semua memori sejak saya tadika sehinggalah saat saya belajar di Beseri bermain-main dalam fikiran saya.
  • Sebab saya rindukan semua guru radika dan sekolah rendah saya.
  • Sebab segalanya bermula dengan jasa guru-guru tadika, sekolah rendah dan seterusnya.
  • Sebab saya tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri.
  • Sebab saya sayang semua guru-guru saya.
  • Sebab saya sayang semua orang disekeliling saya.
  • Sebab lirik dia comel. ^_^
  • Dan yang paling “special” sebab saya sayang sangat-sangat pencipta guru saya. Tanpa Dia, saya takkan berpeluang untuk melihat dunia ini. Saya sayang Allah sangat-sangat.^_^
...............................................................................


Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat hari Guru” kepada semua guru yang pernah mengajar saya.
 Tadika Taman Nurul Ain (Nury), Kulim

 Sekolah kebangsaan Keladi, Kulim
 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah,Kulim
 Mrsm Beseri, Perlis
 Kolej Matrikulasi Pahang
 CFS, IIUM, Petaling Jaya
 Uia, Kuantan
Terima Kasih Cikgu...

Cuba dengar lagu ini comel tak?

Friday, May 20, 2011

Luahan,Kekuatan dan Impian

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.^_^

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi
Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara...

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri...

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang...
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu...

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu...

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengalah,namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan...

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan...

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta...

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa...

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa..

Tiupan bayu tak mudah sekali menggoncang
Debaran hati tak gundah
Apatah serah diri biarpun kutahu
Malam kutiada lagi...

Pena yang lancar menulis tak seperti hatiku
Yang gugup untuk mara ke sana...

Takkan hilang dari genggaman
Keranaku takkan lepaskan
Sekaya seindah setinggi
Itulah impianku

Kini kumakin hampir
Mencapai suara impian
Sedetik bagaikan setahun...
Itulah impianku...

Di malam penuh bintang
di bawah sinar bulan purnama
kupasrahkan semua
keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku
menangis pilu...

Hanya Engkau yang tahu siapa aku
tetapkanlah seperti malam ini
sucikan diriku selama-lamanya doa kalbuku oh Tuhan...

Saat dirimu sendirian keseorangan tiada teman
usah kau resah jua gelisah kerna cinta-Nya bersamamu sentiasa,

Perjalanan yang kau lalui kembara pasti kan menguji
Andai kau jatuh andai kau tersungkur bangkitlah teruskan langkah mu...

Kini bukannya masa untuk berputus asa janganlah mudah untuk menyerah kalah
tiada waktu untuk kau persia
renungi mimpi cita terus berlari menjejak bahagia...

Roda hidup terus berputar
Saat akan pantas beredar
kau kan tempuh onak dunia mencabar
Terus berlari menjejak bahagia...