CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN


Sunday, August 14, 2011

"SOALAN KEHIDUPAN"

Alhamdulillah, hari ini saya nak berkongsi sedikit pengisian daripada Prof Dr Muhaya. Tajuk pengisian pada minggu ini adalah "SOALAN KEHIDUPAN" . Asif a'la kulli hal, dah lama entri ini disimpan didalam draft dan hari ini baru nak post disebabkan keadaan yang tak mengizinkan.
Mukadimah:
Kenapa soalan kehidupan?
  • kerana yang membezakan seseorang yang berjaya di dunia dan di akhirat dengan seseorang yang kurang berjaya di dunia dan di akhirat adalah soalan yang mereka tanya pada diri mereka sendiri pada setiap hari.
  • Jadi, kalau kita tanya diri kita apakah segala amalan kita ini, segala kita cakap ,kita fikir , kita makan ,kita kerja , kita buat apa pun puji orang ke? marah orang ke?DUA sahaja TUJUAN:
  1. Mencari keredhaan Allah atau?
  2. Mencari penghargaan manusia
Kalau orang yang hidupnya hanya memberi fokus kehidupannya semata-mata untuk mencari penghargaan manusia alangkah ruginya kerana manusia hidup sekejap sahaja.Paling lama pun ada yang 80 tahun.Bersama dengan manusia pun 80 tahun hidup kita(contoh). Akan tetapi, kita akan bertemu Allah di alam akhirat nanti selama-lamanya. Jadi alangkah bagus, sekiranya kita bertanya pada diri kita apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara sama ada nak cari redha Allah atau penghargaan manusia?TANYA BALIK DIRI KITA


Kalau boleh hari-hari kita cuba sebut:
  • ILAHI kau tujuanku.
  • REDHAMU matlamatku.
  • Kurniakanlah pada diriku MENGENAL dan MENCINTAI diriMU.





4 Prinsip Kehidupan Untuk Berjaya Di dunia & Di Akhirat:

1)Kita mesti menghormati semua makhluk Allah S.W.T
Maksudnya kita perlu menghormati semua makhluk Allah S.W.T termasuklah poko-pokok,haiwan,manusia lain dan sebagainya. Pendek kata semua makhluk Allah. Jangan semena-mena kita nampak semut, terus kita bunuh, bunuh, dan bunuh semut. Kita pun tahu kan, semua haiwan dalam dunia ini bertasbih kepada Allah S.W.T. Kalau kita bunuh mereka sesuka hati, tak terasa bersalahkah kita? Siapa kita? Besar sangatkah kita?

2)Sentiasa jujur dan ikhlas dalam setiap amalan yang kita kerjakan.
Sebagai contoh: Kita baik dengan seseorang tanpa sebarang niat. Jangan buat sesuatu kerana nak mengharapkan balasan semata-mata.



3)Sentiasa lemah-lembut dalam pertuturan.
Kalau kita jumpa orang, walau kita baik macam mana pun, kalau kita kasar kita tak akan disuka.
Cuba tanya balik diri kita, adakah kita akan suka sekiranya orang berkasar dengan diri kita?
Sudah tentu kita tidak suka. Jadi, kalau kita nak orang hormati kita, kita terlebih dahulu perlu belajar menghormati orang lain.

4)Sentiasa memaafkan orang lain.

Apabila kita mudah memaafkan orang lain, insya'allah tiada istilah "stress" dalam hidup. Apabila hadir perasaan tidak puas hati dengan orang lain atau "marah", cepat-cepatlah cari kesalahan sendiri dan perbaikilah daripada mencari kesalahan orang lain. Jangan sombong. Kita hamba Allah. Kita juga ada melakukan kesalahan. Mungkin kita tak sedar. Kalau nak mudah orang maafkan kita, kitalah terlebih dahulu kena belajar untuk maafkan orang lain.Kadang-kadang,kitaterlalu memikirkan perasaan kita dan langsung tidak menghiraukan perasaan orang lain.Cubalah memaafkan.Insya'allah hati akan tenang. No hard feeling okay.^_^. Kalau benar kita baik, insya'allah, Allah akan hadiahkan kita untuk bertemu dengan orang yang baik-baik diseliling kita. Tak mahukah kita jadi baik?



5)Sentiasa niat untuk bermanfaat dan memberi perkhidmatan kepada makhluk Allah yang lain.
Oleh itu, kalau kita amalkan 5 sifat ini, Insya'allah ke mana kita pergi, kerja apa kita ada, jumpa dengan siapa dan apapun profesion kita, Insya'alllah pasti akan berjaya.

Teringat saya pada kata-kata Imam Hassan Al-Banna:

Gembirakanlah saudaramu„ kalau engkau tidak bisa menghadirkan kegembiraan kepada saudaramu, janganlah engkau melakukan hal-hal yang menyakitinya.


Apa yang ingin saya tekankan disini, dalam hidup ini sentiasalah memberi, bukan hanya menerima semata-mata dan sentiasalah berbuat baik kepada semua orang. Biarlah orang buat jahat pada kita, jangan sekali-kali kita buat jahat pada orang lain. Inilah ajaran Baginda Rasulullah S.A.W kepada kita. Walau dihina,dicerca, dibaling najis sekalipun Baginda Rasulullah S.A.W langsung tidak menyimpan dendam kan?Subhanallah, inilah qudwah hasanah yang sewajarnya kita contohi.






TAHU DAN CINTA
Kita tahu dan kenal Baginda Rasulullah S.A.W. Tapi berapa ramai yang benar-benar cintakan Baginda?Allahu a'lam. Allah lebih tahu dan kenal diri kita. Bagaimana ingin cintakan Rasulullah ya?

Ibrahim Bin Adham r.a telah berkata : “Kasih sayang itu merupakan hasil daripada sebuah perkenalan. Sesiapa yang kenal Allah maka dia akan Mencintai-NYA. Sesiapa yang mencintai ALLAH , dia akan Mencintai Nabi S.A.W. Dan sesiapa yang kenal Nabi S.A.W pasti dia akan mencintainya..."

Ya, "key point" nya ialah..KENAL dan CINTAKAN ALLAH. Mana mungkin orang yang mencintai Allah akan bisa melakukan perkara-perkara mengundang kemurkaan Allah. Sekiranya kita benar-benar menyintai Allah, baca dan tadaburlah al-quran kerana ayat-ayat cinta itu ditulis oleh Allah S.W.T kepada kita. Allah hadiahkan kita Al-Quran bukan untuk perhiasan semata-mata, tapi untuk kita pelajarinya dan amalkan dalam kehidupan. Hati yang dekat pada Al-Quran tidak akan mudah melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang kemarahan Allah. Jagalah hati kita. ^_^

Akhir kalam,


‎"Usah persiakan usiamu dalam usaha-usaha yang hampa. Jangan buang waktumu dalam perbincangan yang tidak berguna. Sebaliknya, ingatlah Allah dan bacalah Al-Qur`an. Bimbinglah orang yang tersesat ke jalan yang terang benderang. Bantulah orang lain meninggalkan kejahatan dan alihkan mereka kepada perbuatan baik. Perbaiki persahabatan dan bantulah orang lain untuk saling membantu antara satu sama dengan yang lainnya."
[Syeikhul Akbar Ibnu 'Arabi Qaddasallahu Sirrahu]




Wednesday, May 25, 2011

Guru

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Hari ini 25 Mei 2011. Hari Guru dah berlalu lebih kurang 10 hari yang lalu. Pejam celik,pejam celik sekejap saja masa dah berlalu. Semakin hari semakin bertambah umur. Allahu Allah, betapa banyaknya dosaku sepanjang diriku menumpang di bumi Ilahi ini. (Muhasabah diri T_T)
............................................................................


“Hari pertama masuk sekolah..
Tak pandai membaca mengira...
Tetapi cikgu begitu tabah...
Mengajar kami sungguh2....

Bermula ABC sampai Z....
Hitung satu sampai sepuluh....
Baru ejaan dan kira2...
Kami belajar dengan lancar....”


Hehehe. Pernah dengar tak lagu nie? Dah tahu,mesti tak pernah kan? Wah, cepatnya masa berlalu. Rasa seolah-olah baru sahaja kanak-kanak tadika. Comel sangat lirik lagu kat atas tu kan?Hehehe. Lagu ini sebenarnya pernah dinyanyikan oleh saya dan semua sahabat-sahabat batch saya semasa sambutan hari guru MRSM BESERI( masa tingkatan 4 dan 5). Terus terang saya katakana, saya tak pernah dengar lagu ini sebelum-sebelum ini. Dan seumur hidup, itulah sambutan hari guru yang paling best yang pernah saya sambut. Mengalir air mata saya tatkala menyanyikan lagu nie bersama-sama dengan rakan-rakan sebatch. Setiap orang diberi salinan lirik lagu ini. Cikgu-cikgu sangat terharu pabila kami semua nyanyikan lagu comel ini. Ada juga cikgu yang menitis air mata bila dengar kami dendangkan lagu ini. Sweet sangat-sangat. Terima kasih cikgu…


Nak tahu,kenapa saya menangis bila dengar lagu ini?

  • Sebab semua memori sejak saya tadika sehinggalah saat saya belajar di Beseri bermain-main dalam fikiran saya.
  • Sebab saya rindukan semua guru radika dan sekolah rendah saya.
  • Sebab segalanya bermula dengan jasa guru-guru tadika, sekolah rendah dan seterusnya.
  • Sebab saya tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri.
  • Sebab saya sayang semua guru-guru saya.
  • Sebab saya sayang semua orang disekeliling saya.
  • Sebab lirik dia comel. ^_^
  • Dan yang paling “special” sebab saya sayang sangat-sangat pencipta guru saya. Tanpa Dia, saya takkan berpeluang untuk melihat dunia ini. Saya sayang Allah sangat-sangat.^_^
...............................................................................


Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat hari Guru” kepada semua guru yang pernah mengajar saya.
 Tadika Taman Nurul Ain (Nury), Kulim

 Sekolah kebangsaan Keladi, Kulim
 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah,Kulim
 Mrsm Beseri, Perlis
 Kolej Matrikulasi Pahang
 CFS, IIUM, Petaling Jaya
 Uia, Kuantan
Terima Kasih Cikgu...

Cuba dengar lagu ini comel tak?

Friday, May 20, 2011

Luahan,Kekuatan dan Impian

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.^_^

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi
Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara...

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri...

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang...
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu...

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu...

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengalah,namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan...

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan...

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta...

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa...

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa..

Tiupan bayu tak mudah sekali menggoncang
Debaran hati tak gundah
Apatah serah diri biarpun kutahu
Malam kutiada lagi...

Pena yang lancar menulis tak seperti hatiku
Yang gugup untuk mara ke sana...

Takkan hilang dari genggaman
Keranaku takkan lepaskan
Sekaya seindah setinggi
Itulah impianku

Kini kumakin hampir
Mencapai suara impian
Sedetik bagaikan setahun...
Itulah impianku...

Di malam penuh bintang
di bawah sinar bulan purnama
kupasrahkan semua
keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku
menangis pilu...

Hanya Engkau yang tahu siapa aku
tetapkanlah seperti malam ini
sucikan diriku selama-lamanya doa kalbuku oh Tuhan...

Saat dirimu sendirian keseorangan tiada teman
usah kau resah jua gelisah kerna cinta-Nya bersamamu sentiasa,

Perjalanan yang kau lalui kembara pasti kan menguji
Andai kau jatuh andai kau tersungkur bangkitlah teruskan langkah mu...

Kini bukannya masa untuk berputus asa janganlah mudah untuk menyerah kalah
tiada waktu untuk kau persia
renungi mimpi cita terus berlari menjejak bahagia...

Roda hidup terus berputar
Saat akan pantas beredar
kau kan tempuh onak dunia mencabar
Terus berlari menjejak bahagia...

Saturday, May 7, 2011

SEMUT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. ^_^
"Semalam aku kelukaan,Kecewa kehampaan,Mencalar ketabahan,Impian seringku harapkan menjadi kenyataan,Namun tak kesampaian,Allah…Inginku hentikan langkah ini,Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,Semangat tenggelam lemah daya,Haruskah aku mengalah,namun jiwa,Ku berbisik inilah dugaan..."

Sejak akhir-akhir ini, entah kenapa rasa sangat -sangat sedih.Tak apala. Usah dilayan sangat perasaan. Ana nak kongsi sebuah cerita tentang semut.

Pernahkah anda mendengar sebuah kisah tentang iman seekor semut?
Wahai Sang Semut ana mengkagumi anda.
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman berasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu lantas memasukkan semut tersebut ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.

Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong wahai semut. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.


Hai cik semut.Saya kagum dengan kesungguhan dan keimanan awak.Doakan saya ya,supaya kuat,rajin dan tabah seperti anda ya!!^_^



Itulah Iman Semut !!! Dan...Dan...Dan...
Itulah kelemahan manusia. Sesempurna mana pun seseorang itu, pasti terselit jua kelemahan dan sekuat-kuat daya ingatan sesorang itu pun, kadang-kadang ada juga sesetengah perkara yang tak mampu diingat.Meskipun rezeki setiap manusia sudah ditentukan Allah, usah lupa usaha tetap perlu dikerah dan berserah merupakan jalan terindah. Pintalah dengan penuh kerendahan, pasti Allah sedia mengabulkan.

Pengajaran:
-Manusia tak boleh dan tak mampu memberi rezeki kepada manusia yang lain.
-Percaya dan yakinlah dengan Qada' dan Qadar Allah Taala
-Berfikiran jauh dan berjimat cermat atas semua rezeki yang Allah kurniakan kepada
kita.
-Ada perancangan masa hadapan.


Segalanya Milik Mu
~Mestica~
Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan...

~Saya suka lagu di atas~ Kalau rajin dengarla kat En. Youtube.~

"Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas"
~Surah Al-Baqarah ayat 212~
Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan
kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan
dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau
kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan
Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala
sesuatu. ~Surah Ali-Imran ayat 26~

Usahlah bersedih hati wahai diri dan sahabat. Yakinlah atas perancangan rezeki yang Allah tetapkan untukmu. Mungkin rezeki itu bukan untukmu pada hari ini atau esok. Andainya ia(rezeki) milikmu, insya'allah suatu hari nanti pasti dirimu genggam dengan izinNYA.


Dear Allah Almighty,
I always love you,
Cause you are the only,
True lover in this life,
And one important things that,
Nobody could love me like you do,
Coz...
You are the "Everlasting Love".
I love you more than somebody else ever and ever...T_T

Madah buat diriku yang lemah. Ku ingin cahayamu menerangi hidupku.
"Penderitaan itu pemberian-Nya. Di dalamnya ada rahmat tersembunyi."
-Maulana Jalaluddin Ar-Rumi
Wallahua'lam.


Selamat Hari Ibu mak.!!!!Sayang mak sangat-sangat.Hari-hari adalah hari ibu.Maafkan segala kesalahan adik terhadap mak ya.Abah!!!love you too..Kalau adik pergi dulu,mak dan abah doa kat adik tau...
"Sweet couple" mak dan abah tersayang.

Tuesday, May 3, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

(kata ganti diri entri kali ini=saya)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah,tahun ini masih lagi berkesempatan untuk mengunjugi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1mei baru-baru ini. Segala-galanya hanya perancangan "last minute". Syukran angah (kak syahrul farhanah) sudi temankan saya ke K.Lumpur dan syukran juga ya achik (kak nurul fatin) sebab tumpangkan alang dan angah untuk bermalam di K.Lumpur. Rindu andak (Kak rawaida). Inilah kali pertama saya pergi ke pesta buku pada hari terakhir pesta ini berlangsung. Thank You Allah.^_^. Buku-buku yang dibeli.





Alhamdulillah, untuk Novel "Nian Hati Salsabila" ini, saya berjaya mendapat tandatangan dari penuli novel itu sendiri..Antara,ucapan yang ustaz Zahiruddin nukilkan buat saya:
kepada Cikpuan Fatin Nabila: semoga menjadi Salsabila. ^_^
Insyaallah ya ustaz.Amin


Dan buku yang terakhir: Buku Masakan..hehehe.Azam sempena cuti sem selama 5 bulan ini..Nak belajar memasak.Hehehe.

Sunday, February 20, 2011

Kembalilah KepadaNYA



Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Sedar tak sedar inilah entri pertama ana dalam tahun 2011 ini. Asif a'la kulli hal.Salam 1432H.

Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.Hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari ujian duniawi. Kadangkala iman kita meningkat dan kadangkala pula iman kita menurun. Itulah manusia; satu-satunya makhluk istimewa ciptaan Allah Taala yang dikurniakan akal untuk berfikir. Akal mampu membantu kita menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Malangnya,tidak semua yang menggunakan pemberian Allah ini dengan sebaiknya. Bukannya,tidak mampu berfikir, tetapi tertewas dek kerana pujuk rayu syaitan yang sememangnya berikrar akan menyesatkan keturunan Adam sehinggalah akhir zaman. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara pun syaitan mampu menguasai diri kita.
Tidak percaya?
Okay, meh kita lihat bagaimana syaitan Berjaya mengaburi mata kita…

Situasi: Ketika solat.
Em…lepas solat nanti aku nak baca al-quran (dalam solat pun boleh terpikir nak baca al-quran.dimanakah kekhusyukan kita?..kononnya niat kita baik,nak baca al-quran ).
Situasi: Selepas solat
Seusai sahaja habis solat, cepat-cepat capai al-quran. Baru sahaja habis baca satu muka surat,teringat pula nak ulangkaji topik baru yang pensyarah nak ajar esok.(Ingatkan Si A nak baca satu juzuk, rupa-rupanya baru 1 m/s dah penat.Alasan: nak study kononnya.Belajar kan satu ibadah juga).
Situasi:Ketika “Study”
Baru tak sampai satu “slide”.Alamak mengantukla.Tido dululah. Esok sebelum kelas, boleh baca lagi. Akhirnya,bila dah bangun dari tido, tak apalh tak payahlah susah-susah baca dulu,nanti dengar je la pensyarah terangkan.
Lihat? Nampak kan bagaimana syaitan menggoda manusia? Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Kita seringkali tertipu dengan diri kita sendiri. Itulah syaitan yang sememangnya kreatif dalam usaha menyesatkan manusia. Ini baru contoh kecil yang mungkin berlaku dalam kehidupan seharian kita. Banyak lagi contoh-contoh lain yang menunjukkan kebijaksanaan syaitan memperdayakan manusia. Misalnya,zina,rogol,rasuah, judi dan banyak lagi kes yang kian menular dalam masyarakat kita. Salah siapa?

Syaitan?

Ya,sememangnya syaitan yang salah. (Manusia suka sangat menuding kesalahan kepada orang lain)
Tetapi, harus diingat, apa gunanya akal yang ALLAH S.W.T kurniakan pada kita. Simpan sahaja? Dan harus diingat juga, pada hari akhirat nanti bukan syaitan sahaja akan menerima azab siksaan Allah. Manusia juga akan dihisab setiap amal perbuatan yang kita lakukan di dunia ini. Fikir-fikirkanlah.



Walaupun, kita merasakan dosa kita terlalu banyak, janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang Allah berikan. Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Ilahi. Pohonlah ampunan daripada Sang Pencipta. Walau,sejauh mana pun kita tersasar,kembalilah semula kepadaNYA. Ana tahu antum dan antunna semuanya baik. Memang fitrah semula jadi manusia ini diciptakan Allah sukakan kebaikan. Cuma terkadang, kita tersalah pilih jalannya. Jangan malu untuk berpatah balik!! Bersegeralah!!! Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan kta. Mati? Allah Maha Mengetahui segalanya. Apa yang pasti,bersegeralah bertaubat kepadaNYA sebelum mata tertutup rapat buat selama-lamanya. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.

Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.

Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.


Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman : “ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”

~ Hadis riwayat Tirmizi ~

Wallahua’alam.