----------------------------------------------------------------------------------

Inilah sahabat istimewaku.Rindukan senyumannya.Atim....
Dia sememangnya terkenal dengan sikap peramah dan ceria orangnya.Sungguhpun begitu, diriku amat yakin disebalik keceriaannya, tersembunyi sebuah kesedihan dan kerinduan yang mendalam dihatinya. Arwah ibunya telah meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi.Pernah suatu ketika dia memberitahu bahawa dia merindui arwah ibunya.Dia juga pernah berpesan kepada diriku meenerusi sms supaya menjaga dan menghargai ibuku sebaik-baiknya,kerana jasa ibu tiada ternilainya.Saat dia berpesan padaku ,diriku mengalirkan air mata.Diriku sedar yang dia benar-benar merindui arwah ibunya...Atim,semoga dirimu bahagia diSANA bersama-sama arwah ibumu.Semoga dikau tergolong bersama-sama orang beriman.Amin.Al-Fatihah kepada arwah Fatima Zurwanti Bt Zukifly dan ibunya.

Ini satu-satunya gambar dirinya bersama-sama diriku di lab Biology sewaktu short sem aritu.Arwah yang paling hujung sebelah kiri.
Lagu ini arwah atim pernah tujukan kepada sahabat karibnya Kak Hawa..Hayatilah liriknya.
Jika kutak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat kucintai
Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian
Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena
Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup
Sayang… tiada apa yg kekal dlm dunia ini
Namun yang pasti walupun ku tiada nanti
Cintaku .. akan kekal abadi
Kuberharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi disana nanti
Jika kutak bangun…..esok pagi
Jika kutak bangun esok pagi
0 comments:
Post a Comment